Saturday, May 14, 2011

Penyediaan ikan tilapia “sex reversal”

"Sex reversal" atau mengubah ikan betina kepada ikan jantan menggunakan hormon jantan dapat meningkatkan produktiviti kerana ikan jantan membesar lebih cepat berbanding ikan betina.  Ia berlaku kerana tenaga tidak digunakan untuk menghasilkan telur.  Menghasilkan telur memerlukan protein yang banyak manakala untuk ikan jantan hanya terumpu kepada tumbesaran.

Rawatan yang dilakukan ke atas rega berumur satu hari selama 4 minggu.  Berikut adalah cara penyediaan rawatan kepada rega ikan bagi menukarkan ikan betina kepada jantan.  

Bahan/radas
            Makanan ikan ‘starter’ yang dikisar
            7-α-Methyl tetosteron
            Ethyl alcohol/etanol 95%
Vitamin (jika ada)
Air suling
Silinder penyukat
            Bikar
            Sarung tangan getah
Mask
            Penimbang
Besen


Penyediaan larutan stok
Masukkan 5g methyl tetosteron ke dalam 500ml etanol 95%.
Larutan stok ini boleh digunakan untuk 100 kg makanan.

Penyediaan makanan
Sediakan makanan yang telah dikisar
campurkan pula multi-vitamin (jika ada)
Ambil 5ml larutan stok dan campurkan ke dalam 150ml etanol (5%).
Goncang selama 3 minit.
Tuang kepada makanan dan gaul selama 10-15 minit.
Makanan yang dirawat dikeringkan ditempat yang kering terlindung dari matahari.

Beri makanan kepada benih ikan baru menetas selama 4 minggu berturut.

Penyediaan etanol 5%
Dari formula pencairan M1V1=M2V2

Di mana M ialah kepekatan larutan dan V ialah isipadu.

M1V1  =          M2V2
                          
V2       =          (150ml)(5%)               
                        (95%)
           
=          7.84ml


hanya gunakan 7.84 ml etanol untuk cairan etanol.

Selamat mencuba!!!!


links
Pengenalan blog
Pemilihan tanah dan kawasan
Pembinaan kolam ternakan tilapia
Pengurusan
Pemakanan
Penyediaan ikan tilapia “sex reversal
Pembenihan ikan tilapia


Don't hesitate to contact me if you have problems with your tilapia: norhidayatkamaruzzaman@gmail.com

4 comments:

  1. Bagaimana untuk mengenal pasti jantina ikan talipia.

    ReplyDelete
  2. Pokies - Pokies Online casino | KDG - KadangPintar
    Play on Pokies online casino with kadangpintar.com as well as kadangpintar 온카지노 and febcasino grab a € deccasino 200 bonus on your first deposit.

    ReplyDelete