Sunday, January 30, 2011

Pemilihan tanah dan kawasan

Tanah
Tanah liat adalah tanah terbaik untuk dibuat kolam ternakan ikan.  Oleh itu, tanah bekas sawah padi sangat sesuai dijadikan kolam ikan sekiranya hasil padi tidak mendatangkan hasil.  Tanah liat yang sedikit berpasir masih boleh berfungsi sebagai kolam dengan baik.  Tanah pasir dan serap air tidak sesuai untuk membina kolam ikan tetapi alternatif lain seperti tangki simen atau tangki kanvas boleh digunakan.  Tanah paya bakau boleh dibina kolam ternakan ikan walaupun ia mempunyai saliniti kerana sifat ikan tilapia yang toleren kepada saliniti rendah membolehkan ia hidup di kolam jenis ini.  Di Kerpan Kedah terdapat pengusaha yang menternak ikan tilapia merah di kawasan paya bakau.  Manakala paya gambut pula agak tidak sesuai kerana keasidan air dan tanah yang tinggi dan memerlukan rawatan kepada tanah yang lebih.

Kawasan
Kolam ternakan perlu kepada sumber air yang banyak.  Tanah pamah yang mempunyai saliran yang baik membantu dalam kualiti air.  Tetapi seperti yang kita sedia maklum tanah pamah di Malaysia ini telah diterokai setelah sekian lama dengan sektor pertanian dan perindustrian.  Maka, bekalan air ini mungkin bermasalah.  Kawasan pertanian mengunakan racun dan baja yang banyak dan ini akan mengancam kolam sekiranya air beracun ini memasuki bekalan air kolam.  Racun akan membunuh ternakan dan baja pula akan menyebabkan 'algae bloom' dan akibatnya ikan akan ketiadaan bekalan oksigen dalam kolam ternakan.  'Air boreng' boleh digunakan sekiranya air itu sesuai.  Air ini perlu diuji dahulu kandungannya kerana berkemungkinan terdapat unsur logam yang berlebihan.  Air terusan bagi tujuan bekalan air minuman adalah yang terbaik kerana air itu datang dari air yang bersih dan selamat.  Jika terdapat kolam ternakan udang berhampiran yakni jika kolam yang berada di kawasan paya bakau.  Perlu berhati-hati dan perlu ada perbincangan berterusan dari pihak kolam tersebut dan mengetahui jadual pencucian kolam udang dibuat.  Racun ikan yang digunakan dikolam udang boleh membunuh ikan kolam.  Air dari bukit tadahan amat baik dan sesuai bagi tujuan kolam ternakan ikan.

Alternatif
Selain kolam tanah, pengusaha boleh juga menggunakan tangki simen, tangki kanvas, sangkar ternakan di sungai dan tasik samada menggunakan jaring PE atau netlon.  Tetapi ianya berkos lebih tinggi berbanding tanah.  Juga boleh menggunakan sistem pen di tali air dan saliran.  Sistem ini mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana ia mudah pecah dan mengakibatkan ternakan terlepas.  Ia juga memerlukan kelulusan Jabatan Perparitan dan Saliran untuk perlaksanaannya.

Maklumat tambahan
Di kawasan tropika ternakan tilapia tiada masalah dari segi pembenihan tetapi bagi kawasan yang mempunyai empat musim waktu pembenihannya ialah hanya pada musim panas.



links

Pengenalan blog

Pemilihan tanah dan kawasan
Pembinaan kolam ternakan tilapia
Pengurusan
Pemakanan
Penyediaan ikan tilapia “sex reversal
Pembenihan ikan tilapia


No comments:

Post a Comment