Sunday, January 23, 2011

Pengenalan blog

   Blog ini menerangkan cara-cara menternak ikan tilapia secara umum sebagai permulaan kepada para penternak yang ingin berjinak-jinak dengan kerjaya ini. Ia merangkumi perihal pembinaan kolam, kualiti air, pemakanan ikan, pembenihan dan perunding terpilih.
   Penulis blog ini mendapat pendidikan peringkat Ijazah Sarjana Muda Biologi Gunaan jurusan Biologi Akuatik di Universiti Sains Malaysia.  Beliau terlibat dalam kajian hidrologi Empangan Timah Tasoh Perlis pada tahun 2000 hingga 2002. Pada bulan Ogos 2002 hingga 2009 Beliau melibatkan diri dalam bidang kajian penambahbaik genetik ternakan ikan tilapia GIFT.  Dalam tempoh ini beliau mendalami ilmu ternakan ikan tilapia di Pusat Pengembangan Akuakultur, Jitra, Kedah.  Di pusat ini, beliau menjadi pembantu dalam perlaksanaan pemilihan ikan dan mendapatkan data yang diperlukan oleh projek dan sebagai tenaga pengajar untuk kualiti air, ikan 'all-male treatment' dan praktikal.  Pada tahun 2009 dan 2011 beliau terlibat sebagai salah seorang perunding penambahbaikan infrastruktur dan memberikan khidmat nasihat pembenihan ikan tilapia menggunakan hapa dan balang penetasan.
   Diharap dengan adanya blog ini, dapat membantu para penternak mendapatkan maklumat yang dikehendaki untuk menjayakan visi negara yakni meningkatkan bekalan ikan negara.






links

Pengenalan blog

Pemilihan tanah dan kawasan

Pembinaan kolam ternakan tilapia

Pengurusan
Pemakanan
Penyediaan ikan tilapia “sex reversal
Pembenihan ikan tilapia

No comments:

Post a Comment