Tuesday, April 19, 2011

Pemakanan

Makanan semulajadi
Secara semulajadi, makanan tilapia terbahagi kepada makanan sewaktu kecil dan makanan tilapia dewasa. Semasa kecil makanan tilapia ialah zooplankton.  Persediaan untuk menghasilkan makanan semulajadi ini dimulakan semasa penyediaan kolam ternakan.  Setelah kolam tabur kapur dan diisi air makan baja dimasukkan ke dalam kolam.  Baja boleh dibancuh dahulu dan dimasukkan ke dalam kolam atau rendaman dalam bekas.  Bagi kolam seluas 30' x 50', 3 kg baja NPK atau 10 kg baja tahi ayam boleh digunakan.  Sebaik-baiknya baja tahi ayam adalah yang sudah diproses.  Baja yang asli mungkin mengandungi organisma berbahaya yang boleh menjangkiti ikan atau manusia yang memakannya. Baja ini perlu dibiarkan di dalam kolam selama 2 minggu.  Air kolam akan dipenuhi fitoplankton dan menyebabkan ia bertukar warna kepada hijau.  Fitoplankton ini akan menjadi makanan kepada zooplankton yang menjadi makanan kepada ikan tilapia kecil.  Walaubagaimanapun fitoplankton ini boleh menyebabkan ketiadaan oksigen dalam kolam pada waktu awal pagi, oleh itu, kandungan fitoplankton dalam kolam mesti sentiasa dikawal.  Cara mengawalnya ialah dengan menambah air dalam kolam sehingga warna kehijauan dalam kolam berkurangan.  Bagi penternak peringkat awal dan belum berpengalaman boleh guna cara ini; turunkan paras air separuh kolam dan tambah air baru sehingga kolam penuh.  Perhatikan warna kolam dan gunakannya sebagai piawai apabila menambah air kolam.  Baja bagi kolam bukan sahaja datang dari baja malah makanan ikan yang berlebihan juga akan menjadi baja maka pemantauan air perlu dilakukan setiap hari.
Makanan semulajadi tidak ada untuk ikan dewasa maka makanan komersial diperlukan.  Makanan organik perlu dipastikan ia mencukupi zat-zat makanan yang diperlukan untuk tumbesaran ikan.  Maklumat ini dibincangkan di makanan komersial.

Makanan komersial
Makanan pelet perlu diketahui komposisi zatnya.

Karbohidrat - kandungan melengkapi peratusan protein makanan
Protein - 30-32% (anak ikan,starter), 28-29% (ikan dewasa, grower)
Vitamin - 1 g setiap kilogram makanan

Saya ingin memberi contoh pengiraan kerana pada pengalaman saya, ada pekerja yang langsung tidak memperdulikan berapa banyak makanan ikan yang patut diberi sehingga berlaku pembaziran.

Misalnya;
Bilangan ikan 2000 ekor, purata berat ikan 100g.
maka: 2 000 ekor x 100g x 5% = 10 000g =10kg

bahagi ke pada 2 bahagian dengan kadar 2:1
maka 6.5 kg untuk sebelah pagi dan 3.5 kg untuk sebelah petang.

untuk ikan yang lebih besar dan makanannya banyak maka bahagi kepada 3 bahagian dengan kadar 2:1:1 atau 2:2:1. Ini kerana ikan akan makan lebih banyak di waktu pagi berbanding di waktu petang.

Satu lagi perkara PENTING: air masuk mesti diberhentikan sewaktu ikan makan atau makanan ikan keluar melimpah bersama air keluar. Begitu juga duit poket anda.

Makanan ikan bergantung kepada berat ikan.  Bagi ikan kecil berat makanan ialah 10% berat ikan, manakala ikan dewasa memerlukan hanya 5% dari berat badannya.  Harap maklum ikan akan makan mengikut cuaca!!! ikan tilapia tidak makan pada hari hujan DAN!!! induk betina tidak makan sewaktu mengeram telur.  Maka, kurangkan berat makanan sewaktu hujan.  Sebagai pengusaha diharap jangan memaksa pekerja anda memberi makanan membabi buta kerana ia adalah satu kerugian.  Pantau tingkah laku pekerja anda.
Satu lagi perkara! abaikan penggunaan finisher kerana selain ia tidak praktikal dan merugikan.  Tuai semua ikan apabila tiba waktunya dan ikan yang kecil diguna semula sebagai makanan buatan sendiri.

Makluman: Ikan tilapia boleh terbantut tumbesarannya jika tidak makan secukupnya.  Makanan perlu cukup tidak boleh sangat kurang atau terlebih. Belajar dari pengalaman bagaimana nak memberi makan kepada ikan kesayangan anda.

Makanan buatan sendiri
Roti, isi perut ayam, hati ayam, isi ikan lain, boleh diproses semula dijadikan makanan tilapia anda.  Isi perut ayam mesti dimasak dahulu agar ikan anda tidak lebih lemak.  Hancurkan semuanya dalam mesin pembuat pelet dan keringkan.  Apabila ia kering ia akan tenggelam dengan perlahan membolehkan ikan memakan makanan buatan sendiri ini.  Selamat mencuba.


links

Pengenalan blog

Pemilihan tanah dan kawasan
Pembinaan kolam ternakan tilapia
Pengurusan
Pemakanan
Penyediaan ikan tilapia “sex reversal
Pembenihan ikan tilapia


Don't hesitate to contact me if you have problems with your tilapia: norhidayatkamaruzzaman@gmail.com

No comments:

Post a Comment