Sunday, February 6, 2011

Pembinaan kolam ternakan tilapia

Susun atur kolam
Perkara yang penting dalam susunan kolam yang dibina ialah ia perlu mudah untuk diusahakan dan berhampiran dengan bangunan pengurusan.  Ia akan memudahkan pengangkutan bahan makanan ke kolam, juga hasil dari kolam ke bangunan pengurusan bagi tujuan jualan mahupun bagi tujuan sejuk beku (jika ada).

Bangunan pengurusan
Bangunan ini perlu terdiri dari pejabat, kawasan penempatan tangki tangki air, makmal, tandas, stor, ruang meletak kenderaan pengangkutan, substesyen TNB dan bilik penetasan (bagi penternak yang membuat pembenihan).  Adalah baik jika ada ruang yang disediakan kepada pekerja untuk urusan peribadi. 

Kolam
Keluasan kolam bergantung kepada keperluan penternak juga kepada permintaan pembeli.  kolam 30' x 50' sesuai untuk ternakan sederhana dengan isian 2000 ekor ikan dengan kedalaman 3' ke 4'.  Walaupun sedikit bilangannya ia adalah bilangan optimum apabila ikan bersaiz 300g hingga 500g tanpa perlu bantuan bekalan udara.  Hanya penukaran air sahaja yang  diperlukan.  kolam tidak boleh terlalu dalam kerana menyukarkan dalam proses penangkapan ikan.  kolam juga tidak perlu terlalu lebar dan ia bergantung kepada tenaga kerja yang ada.  Bagi kolam berkeluasan di atas 4 hingga 5 orang pekerja adalah memadai.  Bilangan kolam adalah tidak terhad bergantung kepada kecekapan pengurusan.

Adalah penting sekiranya ada kolam takungan bagi sumber air inlet.  Tujuannya adalah untuk memendakkan pepejal terampai di dalam sumber air utama dan juga apabila terjadinya kemarau.  Rumah pam juga perlu dibina disini untuk keselamatan peralatan pam utama.

Apabila ada air keluar maka perlu ada kawasan zon penampan.  Kawasan ini bertujuan memulihkan air yang telah digunakan dari kolam sebelum dilepaskan ke dalam aliran sungai.  Kawasan seluas setengah ekar sudah memadai dengan tumbuhan akuatik di dalamnya.

Kolam ternakan ikan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra Kedah

Kolam ternakan ikan di Pusat Pengembangan Akuakultur Jitra Kedah

Tebing kolam
Tebing kolam boleh dibina dengan tanah mahupun konkrit.  Tebing tanah perlu memantauan yang lebih kerana perlu pemotongan rumput mahupun semak samun.  Tebing ini juga mudah runtuh akibat aliran hujan dan memerlukan operasi pendalaman semula apabila dasar kolam tidak rata.  Manakala tebing konkrit boleh dibina dengan dua cara.  Pertama, tegak dan kedua menyendeng.  Tebing tegak perlu ada tangga untuk menuruni kolam manakala tebing sendeng boleh dituruni tanpa tangga.  Kelebihan tebing konkrit, ia lebih kukuh dan penjagaan rumput dan semak samun adalah minimum.

Pengairan
Kolam boleh diairi dengan dipam terus dari kolam takungan ke kolam menggunalan saluran PVC, atau membina struktur 'aquaduct' atau membina saliran masuk tambahan.  Semua kolam di tanah rata, landai atau berteres sesuai menggunakan semua sistem ini.

'Aquaduct' seperti ini perlu ada struktur seperti rajah di sebelah untuk memudahkan pembahagian bekalan air ke kolam-kolam.
Struktur 'monk' ini masih digunakan di Pusat Pengembangan Akuakultur, Jabatan Perikanan, Jitra, Kedah. Ia berfungsi untuk melepaskan air dari kolam.  Untuk menggunakannya memerlukan 'skill' atau kolam akan bocor dengan mudah.  Struktur ini akan memudahkan tugas untuk mengeringkan kolam dan menangkap anak ikan.  Dengan peralatan yang betul semestinya.
'Outlet' seperti ini adalah kegemaran penternak terkini. Mudah dipasang dan digunakan.  Dengan peralatan yang betul juga semestinya.






links

Pengenalan blog

Pemilihan tanah dan kawasan

Pembinaan kolam ternakan tilapia

Pengurusan

Pemakanan

Penyediaan ikan tilapia “sex reversal




3 comments:

  1. Thu x mna2 pusat pembiakan/penternakan ikan di sebelah utara? Terima kasih

    ReplyDelete
  2. boleh rujuk pusat perkembangan akuakultur terdekat. kedah di jitra/kg pulau sayak . perak di tapah jln ke cameron highland

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Saudara Hidayat,

    Saya lihat saudara berkongsi kaedah pembelaan dalam kolam buatan.

    Bagaimanakah kaedah membela tilapia di dalam tangki PVC? Berapakah saiz dan bilangan benih yang sesuai untuk di besarkan?

    Apakah kaedah penyediaan tangki PVC berkenaan? Boleh kongsikan idea/model penyediaan sistem berkenaan?

    -khairul, kuala terengganu.

    ReplyDelete